Terima Kasih UMNO BeEnd
Pusat Perkhidmatan Balok telah siap dibina sekitar tahun 1986 dengan infrastruktur yang dilengkapkan dari semasa kesemasa. Tetapi malangnya kelihatan amat ketara pembangunan yang didirikan adalah berunsurkan semata-mata meraih undi rakyat pada setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum.
Kini menjelang Pilihan Raya Umum Ke 12, kelihatan parti memerintah sedang
menyiapkan projek longkang yang sepatutnya telah diwujudkan serentak dengan bangunan Pusat Perkhidmatan Balok yang telah diwujudkan pada tahun 1986 lagi. Ini membuktikan UMNO BN Pahang gagal melaksanakan pembangunan yang stabil sebagaimana yang diwar-warkan oleh parti yang memerintah sepanjang 50 tahun Malaysia merdeka. Persoalannya, mengapa disaat hampir menjelangnya Pilihan Raya Umum sahaja baru kelihatan adanya projek-projek pembangunan ataupun projek-projek penambahbaikan infrastruktur yang sedia ada. Tidakkah ini semata-mata untuk memancing undi masyarakat kampung yang buta dengan pembangunan.
Sementara itu kelihatan juga papan tanda "Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional" di hadapan Masjid Qariyah Balok di mana projek tersebut adalah membina sebuah bangunan untuk Sekolah Agama Rakyat KAFA. Papan tanda tersebut adalah tidak sesuai didirikan dihadapan masjid kerana sekiranya begitu projek yang dijalankan adalah projek masjid bukan projek Sekolah Agama Rakyat KAFA. Sedangkan Sekolah Agama Rakyat KAFA terletak dibelakang Masjid Qariyah Balok, adalah amat sesuai sekali papan tanda projek tersebut diletakkan berhampiran dengan tapak projek.
Terima kasih kepada UMNO BeEnd yang berjaya mengaburi mata rakyat dengan projek-projek 'last-minute' demi servival politik.
0 comments:
Catat Ulasan