Jumaat, 17 Oktober 2008

JAMUAN AIDILFITRI 1429 H di PUTRA

Oleh : Nik Hafizul

Posting : Editor

12 Oktober 2008 bersamaan dengan 12 Syawal, 1429 H PAS Kawasan Indera Mahkota telah mengadakan satu jamuan aidilfitri yang bertempat di Pusat Tarbiyyah Islamiah Balok atau lebih dikenali sebagai PUTRA. Jamuan ini diadakan adalah khusus untuk masyarakat di dalam parlimen Indera Mahkota dan pada amnya untuk masyarakat di seluruh kawasan Beserah.Pada penganjuran untuk tahun ini, ia menyaksikan satu kejutan yang besar di mana kehadiran orang ramai yang hadir ke jamuan ini adalah di luar jangkauan. Kehadiran yang cukup ramai itu boleh dikatakan mencecah seramai 3500 orang hadirin. Berbanding dengan penganjuran pada tahun tahun sebelum ini, kehadiran para hadirin yang hadir adalah dalam sekitar 2000 orang, itupun hanya para penyokong dan para aktivis PAS sahaja yang hadirAkan tetapi pada kali ini, terdapat ramai para penyokong daripada semua parti parti pembangkang yang hadir iaitu yang terdiri daripada para penyokong PKR, DAP dan PAS itu sendiri. Mungkin inilah yang dikatakan satu simbolik atau asas kerjasama dan juga perpaduan yang wujud di dalam hubungan bersama PAKATAN RAKYAT. Kemungkinan besar juga sejak tertubuhnya nama Pakatan Rakyat yang menggabungkan ke tiga tiga parti pembangkang ini, ianya secara tidak langsung telah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka. Tambahan pula dengan kehadiran daripada kaum tionghua dan kaum india telah memeriahkan lagi jamuan aidilfitri pada kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh petugas petugas termasuklah Unit Amal, Nisa, Pemuda, Muslimat, dan anak anak muda yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Syabas juga diucapkan kepada YDP Indera Mahkota, ADUN Beserah dan yang teristimewa Encik Murad / Abang Mud kita selaku Pengarah program jamuan aidilfitri tahun 1429 H ini. Tetapi Encik Murad nampak 'cool' ajer bilamana makanan dikatakan tidak mencukupi bagi menampung jumlah kehadiran yang cukup ramai. Maklumlah, sejak bermula daripada jam 12 tengah hari lagi sehinggalah di saat saat penghujungnya iaitu pada jam 3 petang, kehadiran orang ramai tidak putus putus. Kelihatan yang datang adalah mereka yang datang bersama sama dengan keluarga mereka, sahabat handai dan juga jiran tetangga. Anak anak kecil paling gembira sekali, keriangan ke sana ke mari dengan dihiasi pakaian yang indah berseri.Secara kesimpulannya, program ini amatlah bermakna sekali untuk semua insan tidak mengira pelbagai latar agama, kaum, dan bangsa kerana ia boleh menghubungkan ikatan ukhuwwah sesama manusia. Bukankah islam itu untuk semua. Cuma UMNO sahaja yang tidak hendakkan islam, sebab itulah ia menubuhkan parti berasaskan kaum. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dato Fauzi Abdul Rahman yang selaku Bekas ADUN Beserah. Akhirnnya, tahniah sekali lagi diucapkan kepada para para petugas. Biarpun nampak penat, tetapi mereka tetap sabar dan kelihatan begitu ceria sekali. Paling hebat, bertungkus lumus dalam melakukan kerja.Tiada yang datang dan pulang melainkan datangnya dengan seribu harapan dan pulangnya dengan sejuta senyuman. Bersalam salaman dan memohon mohon keampunan. Itulah, alangkah indahnya sekiranya kita hidup seperti mana amalan amalan yang telah kita lakukan sesama di hari raya. Terima Kasih dicapkan kepada PAS Kawasan Indera Mahkota. Selamat Berhari Raya.

0 comments: