Selasa, 2 September 2008

HARI PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

30 OGOS 2008 | SABTU - PAS Kawasan Indera Mahkota mengadakan Hari Pemimpin Bersama Rakyat yang menyajikan aktiviti sukaneka, gerai jualan, pemeriksaan percuma dan lain-lain. Pada sebelah pagi Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR YB Azan Ismail berucap disamping menyampaikan salam terima kasih dari Ketua Umum PKR juga Ahli PArlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan kejayaan semua Ahli Pakatan Rakyat memenangkan Pakatan Rakyat untuk menguasai Parlimen P44 tersebut.

Selepas itu Adun Beserah YB Syed Mohammad Tuan Lonnik menyampaikan ucapan serta merasmikan program ini. Acara berlangsung dengan bermula bacaan Al-Quran oleh Qariah Cilik dan selepas itu Jualan lelong pakaian terpakai. Acara sukaneka berlangsung dengan meriah seperti panjat pokok kelapa, bowling kelapa, lari dalam guni dan lain-lain. Acara pada hari itu dijayakan dengan meriah sekali dan tamat lebih kurang 2.00 petang.

Disamping itu sumbangan barang keperluan dapur kepada fakir miskin sempena ramadhan.

Editor

Nota : Gambar-gambar akan menyusul kemudian

0 comments: