Khamis, 12 Jun 2008

PAS Indera Mahkota-Warga Kilang Malaysia : Membelah Tembok Kemiskinan



7 Jun 2008 / Sabtu / Indera Mahkota : Baru baru ini Persatuan Warga Kilang (U) Malaysia yang datang dari Utara Malaysia dengan kerjasama Unit Amal PAS Kawasan Indera Mahkota, telah menyampaikan bantuan wang dan barang dapur kepada warga miskin sekitar dun beserah. Sebanyak empat buah rumah telah dikunjungi untuk disampaikan bantuan. Mereka adalah penduduk yang tinggal di sekitar dun Beserah yang terhimpit dengan kemiskinan dan lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga petrol dan mungkin naik ogos ini juga bakal menanti kenaikan harga barang keperluan.

Oleh itu, dengan sumbangan yang diberikan akan memberi nafas untuk mereka hidup dengan selesa sedikit untuk beberapa waktu. Namun bagaimana dengan waktu mendatang yang panjang? Kami sekadar membantu yang sekadar mampu sahaja dan kuasa yang terbatas, namun usaha yang lebih perlu dipertingkatkan untuk memberi perhatian pada golongan itu. BN tidak boleh diharapkan untuk membela rakyat kerana wang, kuasa dan kroni itu matlamat mereka.

Keesokan harinya bersama YDP PAS Kawasan Indera Mahkota, Ustaz Nasron menyerahkan sumbangan kepada satu lagi keluarga 5 beranak. Suami seorang nelayan dan isteri suri rumah mempunyai 3 anak ( satu laki-laki dan dua perempuan ).

0 comments: