Ahad, 3 Februari 2008

Makmur Untuk Semua






Ahad 3 Feb 2008, Sempena sambutan Tahun Baru Cina PAS dan BA mengagihkan limau dan risalah penerangan isu semasa dalam negara. Bersama-sama Pimpinan PAS DUN Beserah dan Pimpinan PKR Indera Mahkota seramai 40 orang turun padang mengembeleng tenaga bertemu masyarakat Cina di sekitar Air Putih bagi menyatakan kebersamaan BA (Barisan Alternatif) dalam meraikan kemakmuran dalam menyambut ketibaan Tahun Baru bagi Kaum Cina di Malaysia umumnya dan di DUN Beserah khususnya.

Pimpinan serta aktivis BA yang hadir terdiri daripada bangsa Cina, India Dan Melayu seramai 40 orang mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada masyarakat Cina yang akan merayakannya tidak beberapa hari saja lagi yang lalu lalang dalam berurusan di Pasar Raya Tunas Manja dan kedai-kedai yang sederetan dengannya. Penerimaan masyarakat Cina amat mengkagumkan kami kerana sambutan dan penerimaan mereka terhadap BA amat baik malahan kelihatan seperti sudah terjalin persahabatan yang akrab dengan ucapan muhabbah antara sesama. Ini menunjukkan bahawa pandangan negatif Parti memerintah terhadap isu perkauman tidak pernah wujud dikalangan tiga etnik terbesar di Malaysia.

Kami amat yakin sekiranya rakyat Malaysia memberi mandat kepada BA untuk menerajui Pemerintahan bagi menggantikan pemerintah yang sedia ada dalam Pilihan Raya ke 12 ini kemakmuran tanah air akan lebih terjamin dan jalinan perhubungan antara kaum akan lebih utuh daripada yang sedia ada dengan menjanjikan Negara Berkebajikan. Semoga keadilan benar-benar dapat dikecapi oleh setiap warga tanah air Malaysia.

0 comments: