Jumaat, 1 Februari 2008

Untuk ahli PAS: Masa untuk kita berubah

Dipetik dan Diolah dari website: http://www.tranungkite.net

Posted on Thursday, January 31 @ 00:12:18 MYT by SongkokPutih

Oleh ning

"Assalamualaikum..,Tiga malam lepas secara berturut turut ana menghadiri kenduri arwah nenek sepupu yang baru meninggal dunia. sepanjang tiga malam tersebut ana tidak melihat kelibat ahli PAS setempat dimajlis tahlil tersebut. perkara ini menunjukan ahli PAS setempat mengasingkan diri dari masyarakat setempat yang pada pandangan mereka tidak meyokong perjuangan islam.

Begitu juga pada bulan nov dulu sewaktu abang ana meninggal dunia tidak seorangun kelibat ahli PAS yang datang melawat termasuk juga kekawan lama arwah abang ana.malah lebih menyedihkan kalangan yang mengenali ana yang menjadi salah seorang perwakilan di mensyuarat bahagian dan pernah naik ke pentas menemui TGNA untuk menyerahkan sumbangan dana pilihanraya cawangan ana juga tidak kelihatan.inilah gambaran yang pernah diberitahu olih salah seorang kawan ana yang atas pagar,katanya orang PAS tak nak berkawan dengan orang. mereka nampaknya bermuamalat sesama mereka sahaja.akibatnya pada majlis tahlil tersebut ana berakhir makan bersama dengan JKKK yang ana kenali rapat cuma mereka tidak tahu yang ana ini ajk salah satu cawangan PAS setempat.


Ada satu rasa gerun bila mendengar perbualan mereka.seolah BN masih lagi kuat dan mendapat sokongan padu.kenapa jadi demikian?sebenarnya pengalaman ini sudah lama terjadi di kampung asal ana.ahli PAS semacam tidak mahu bercampur gaul dengan orang yang tidak sehaluan mereka.ini menyebabkan pengundi atas pagar memandang serong terhadap PAS dan menjadi salah satu punca kerugian sewaktu pilihanraya.mereka tidak nampak kepimpinan di atas kerana terhijab olih perangai ahli PAS di peringkat akar umbi dan sebahagian dari mereka mengalih pandangan kepada BN yang mana pandai memanupulasikan keadaan dan hal ini cukup merugikan serta menyebabkan usaha pemimpin pemimpin menyedarkan rakyat sia sia.


Sesuai dengan angin perubahan yang melanda negara kita ahli PAS di peringkat akar umbi juga sepatutnya berubah.kalau dulu mereka mengasingkan diri dari golongan yang tidak sehaluan sekarang masa untuk berubah dengan lebih terbuka bergaul dengan masyarakat setempat dan menunjukan keperibadian yang baik.jika ada peluang ambil kesempatan untuk menerangkan kebenaran dan menunjukan kebathilan.begitu juga ketrampilan perlu sederhana supaya orang sekeliling selesa dan dari pengalaman ana perkara ini bolih menimbulkan rasa hormat dikalangan masyarakat setempat.kita ingin bersungguh sungguh untuk berubah dan menghayutkan BN serta umno ke laut cina selatan tetapi sebelum itu kita juga perlu berubah hingga ke peringkat akar umbi.


Teringat ana satu kisah dalam peperangan jamal bila syaidina ali di tanya olih seorang pengikutnya kenapa umat islam di zaman itu berperang sesama sendiri sedangkan dizaman nabi umat islam bersatu maka dijawab olih syaidina ali dengan jawapannya "SEBAB PENGIKUT NABI ORANG MACAM AKU,DAN PENGIKUT AKU ORANG MACAM KAMU"itulah cabaran yang dihadapi olih kepimpinan kita maka sudah barang tentu komitment kita dituntut untuk melihat pengikut diperingkat akar umbi tidak menjadi pengikut yang membawa masalah.dan masalah ini akan dieskplotasi olih BN untuk terus berkuasa.marilah kita berubah demi maruah dan demi kesejahteraan."


-------------------------------------------------------------------------------------------------

(Score: 1) by linggang on Thursday, January 31 @ 09:44:02 MYT
(User Info Send a Message)

Asssalammualaikum. Jangan cepat melenting ahli-ahli Pas. Betul, kenduri arwah adalah bidaah, tapi kenapa cepat sangat melenting hinggakan merasakan orang lain semuanya salah. Ambil teguran ini dengan hati yang terbuka. Memang ada ahli Pas yang tidak mahu langsung bermasyarakat dengan alasan orang itu tak pergi surau atau masjid dan bermacam-macam alasan. Tapi perlu di ingat, tugas berdakwah adalah tanggung jawab bersama.

Dekati mereka dengan berhemah. Tapi jangan mengharapkan mereka berubah sekelip mata. Itu semua dugaan dalam berdakwah.Pernah saya menerima cerita, berkenaan seorang pimpinan muda Pas Kawasan yang bertanding di sebuah dun di Pahang, Anak muda di kampung calon Pas tersebut sememang tidak menyukai puak-puak Umno ini tapi mereka mengadu calon Pas ini langsung tidak datang bertegur sapa dengan mereka walaupun dalam tempoh berkempen. Dan akhirnya anak-anak muda bertindak tidak keluar mengundi. Siapa yang rugi?. Jangan pandang mereka luaran sahaja. Bergaullah dengan mereka, selami peribadi mereka, jangan kerana mereka seperti mat rock atau mat rempit, maka kita sisih mereka. wallahualam


-------------------------------------------------------------------------------------------------


(Score: 1) by abuhabeeb on Thursday, January 31 @ 07:55:33 MYT
(User Info Send a Message) http://clearblogs.com/abuhabeeb

MAAF... Isunya ialah 'Ahli PAS Jgn Mengasingkan Diri Dari Masyarakat' - saranan yang baik untuk diberi perhatian & dibincangkan. Bukan isu 'bertahlil arwah' apatah lagi budaya 'meniga hari' yang memang tidak dinafikan tidak menepati malah bercanggah dengan sunnah.Alhamdulillah rasanya ahli PAS telah punya kesedaran untuk mendekati masyarakat sebagai sasaran dakwah mereka. Konsep bermasyarakat yang paling utama sebagai pendokong Islam (malah sebagai umat Islam) ialah melazimkan diri dengan solat berjama'ah di masjid/surau, mengimarahkan rumah Allah dengan majlis2 ilmu dsb.Bukan sekadar bersama bertahlil; bergotong royong, beriadhah, segera menghulur bantuan, berziarah dan berbagai-bagai lagi usaha yang boleh dibuat untuk memasyarakatkan ahli PAS.wallahu a'lam.

0 comments: