Doa Hajat PRU12
DOA SOLAT HAJAT PERDANA UNTUK PETUGAS PRU 12Ya Allah,
Kami mohon keampunan kepada Mu atas dosa2 kami yang telah lalu dan lindungilah kami dari dosa2 yang akan datang. Ampunkanlah dosa2 ibubapa kami, suami dan anak2 kami, jiran2 kami, pemimpin kami, muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati. Ya Allah, redhalah kami sebagai hambaMu yang layak mendapat RahmatMu diakhirat kelak. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Kami memohon kepadaMu kekuatan, bimbingan dan pertolongan dalam kerja-kerja memenangkan jamaah Islam PAS didalam Pilihanraya ke12 akan datang. Sesungguhnya tanpa pertolongan dan bimbinganMu tentulah kami tidak mampu menghadapi musuh yang begitu ramai dan dilengkapi dengan pelbagai senjata. Ya Allah, berilah kemudahan dan kelapangan dari segi tubuh badan, wang ringgit dan masa kepada kami agar kami dapat menjalankan kerja2 pilihanraya nanti dengan baik dan berkesan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Pengasih lagi Penyayang.
Kami memohon kepadaMu keikhlasan dan kesatuan hati diantara kami dalam menjalankan kerja-kerja pilihanraya nanti. Kami tahu sesungguhnya sekiranya kami mengeluh antara kami, tidak berpuas hati sesama kami, suka mempertikai antara kami, tentulah kami tidak akan mampu melaksanakan kerja2 pilihanraya dengan baik. Oleh itu, Ya Allah, Engkau buangkanlah sifat2 dengki, hasad, iri hati dan semua sifat2 mazmumah didalam hati2 kami agar kami menjadi jamaah yang kuat. Sesungguhnya Engkau Maha Menguasai hati-hati setiap manusia.
Kami memohon kepadaMu bantuan agar suami-suami kami memberi keizinan dan bantuan kepada gerakkerja kami dan sentiasa mendoakan kemenangan buat Parti Islam PAS agar gerakkerja kami dapat berjalan dengan lancar. Ya Allah, Engkau peliharalah anak2 kami dari kemungkaran, maksiat dan bencana agar mereka tidak menjadi fitnah kepada perjuangan Islam. Sesungguhnya Engkau adalah Pembantu bagi Golongan yang Dhaif.
Kami mohon kepadaMu Ya Allah, Engkau bantulah dan permudahkanlah calon2 Parti Islam PAS dan para pemimpin PAS MTD Inderapura, Tanjung Lumpur dan Teruntum agar mereka dapat menjalankan tugas sebagai calon yang baik dan berkesan, dan dapat menarik hati para pengundi untuk mengundi PAS dalam PRU12 akan datang. Permudahkanlah ahli keluarga mereka agar dapat membantu mereka menjalankan gerakkerja PRU. Sesungguhnya Engkau Maha Penolong, Pengasih Lagi Penyayang.
Kami mohon kepada Mu Ya Allah, bukakanlah pintu2 hati ahli2 jamaah Islam PAS samada Muslimin atau muslimat agar kembali sedar akan tanggungjawab mereka kepada perjuangan dan kembali aktif menjalankan kerja2 pilihanraya agar kami mendapat tenaga yang ramai bagi melawan musuh Mu dalam pilihanraya nanti.
Kami mohon kepada Mu Ya Allah, lindungilah kami dari bencana musuh yang sentiasa mengintai dan merancang untuk melemahkan dan menghancurkan rancangan dan gerakkerja kami. Ya Allah, kami mohon agar Engkau membantu kami menjayakan semua gerakkerja kami agar dapat menyedarkan pengundi-pengundi diseluruh kawasan kuantan ini untuk memberi undi kepada Parti Islam PAS. Ya Allah, Engkau gagalkanlah tipudaya musuh dan syaitan dalam gerakkerja PRU12 yang mana mereka hanya ingin menyesatkan rakyat dan menghancurkan negara ini dan tidak mendaulatkan agama Mu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui setiap perancangan manusia serta sentiasa membantu orang-orang yang membantu agamaMu.
Kami mohon kepada Mu Ya Allah, bukakan lah pintu2 hati rakyat diseluruh kawasan kuantan ini untuk memberi simpati dan bantuan kepada Jamaah PAS samaada dari aspek kewangan, tenaga dan pemikiran. Yakinlah lah hati2 mereka tentang kebenaran perjuangan Parti Islam PAS dan yakinlah mereka bahawa setiap sumbangan mereka merupakan ibadah dan jihad di jalan Allah. Sesungguhnya Engkau berkuasa membalikkan hati manusia pada bila-bila masa.
Kami mohon kepada Mu Ya Allah, bukakanlah pintu2 hati para pengundi diseluruh kawasan kuantan untuk mengundi Parti Islam PAS dan Rakan kami Parti Keadilan Rakyat. Berikanlah hidayahMu agar mereka kembali kepada Islam dan yakin bahwa Islam sahaja yang dapat menyelamatkan mereka daripada bencana dan azab Allah. Sesungguhnya Engkau adalah Pemilik hati2 para pengundi secara mutlak dan berkuasa membalikkan hati manusia pada bila-bila masa.
Kami mohon kepada Mu Ya Allah, Engkau sedarkan dan insafkanlah hati2 pengundi2 muda dan pengundi2 baru serta pengundi2 atas pagar agar dapat mengundi Parti Islam PAS dalam PRU12 nanti. Berikanlah kekuatan kepada mereka dan bantulah mereka daripada ancaman dan ugutan musuh yang sentiasa memujuk rayu dan menipu. Sesungguhnya Ya Allah, kami tidak mampu memberikan kesedaran dan keinsafan selain dari hidayahMu. Oleh itu, bantulah kami dan bantulah mereka agar semua kami mendapat menghindarkan diri kami dari azab nerakaMu Ya Allah.
Kami mohon kepada Mu Ya Allah, Engkau menangkanlah calon2 Parti Islam PAS dan Parti2 rakan kami didalam PRU12 akan datang dengan kemenangan yang besar dan Engkau kalahkan lah calon2 Parti Barisan Nasional yang nyata tidak mampu mendaulatkan agamaMu Ya Allah. Setelah Engkau berikan kemenangan kepada kami, maka bantulah kami untuk mengisi dan mengekalkan kemenangan tersebut agar kami benar2 dapat mendaulatkan agamaMu.
Kami mohon kepada Mu Ya Allah, Engkau tetapkanlah hati2 kami agar sentiasa berada diatas jalan perjuanganMu dan sekiranya kami mati,matikanlah kami sebagai syahid yang memperjuangkan agamaMu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa2 yang lalu dan lindungilah kami dari dosa2 yang akan datang. Sekiranya kami tidak mendapat pengampunanMu, tentulah kami termasuk orang2 yang rugi. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
AMIN.AMIN.YA RABBAL ALAMIN.
0 comments:
Catat Ulasan